Thursday, December 20, 2012

" SaYa TeGuR , SeBab SaYa SaYaNg .. ♥ "


Assalamualaikum..berkurun lamanya ana x post dalam entri ni untu kesekian lamanya..
jadi hari ni sebagai pengisian sedikit jaaaa...
ermm..jom kita muhasabah dri kita sendri..
insyallah kita dapat meruah dri kita pelahan pelahan...sedikit demi sedikit..in sha allah


kadangkala , Allah MENEGUR kamu melalui LISAN PERNGKRITIK yang pedas .. jiwa kamu akan TERASA ..

persoalan ,


adakah kamu menyambutnya dengan PERUBAHAN ,
atau sekadar MENGHENTAM semula pengkritik yang Allah HANTARKAN ..?




" dia buat SALAH , kita TEGUR .. kita buat SALAH, 'dia' pula yang MENEGUR .. SYUKURLAH sebab ada juga insan yang IKHLAS nak MENEGUR kesalahan kita dari kita terus TERJERUMUS dalam DOSA .. "
By: Janji Allah Itu Pasti.






Post Before “read more” And here is the rest of it


I want more!

Wednesday, December 12, 2012

Kekuatan Jiwa


Assalamualaikum,, rasanya telah lama ana meninggalakan dunia blog nie. Tapi hari ni ana ada cerita sepecial punya untuk antum semua. Harapnya cerita ini dapat memberikan 'ibrah (pengajaran) kepada kita semua. Insya-Allah. Jom baca !!

Tersebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, maksudnya:

"Apabila Allah menjadikan bumi terhampar luas, maka Allah menjadikan gunung di atas mka bumi dalam keadaan teguh dan kuat, hairanlah malaikat melihat kejadian gunung, berkatalah malaikat: 'Wahai Tuhan, adakah ciptaan-Mu ada yang lebih kuat daripada gunung?'. Jawab Allah: 'Ya ada, iaitu besi'. Malaikat bertanya lagi: 'Wahai Tuhan, adakah ciptaan-Mu ada yang lebih kuat daripada besi?'. Jawab Allah: 'Ya ada, iaitu api'. Malaikat bertanya lagi: 'Wahai Tuhan, adakah pada ciptaan-Mu ada yang lebih kuat dari api?'. Allah menjawab: 'Ya ada, iaitu air'. Malaikat bertanya lagi: 'Wahai Tuhan, adakah pada ciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?'. Jawab Allah: 'Ya ada, iaitu angin'. Malaikat bertanya lagi: 'Wahai Tuhan, adakah yang lebih kuat lagi dari angin?'. Jawab Allah: 'Ya ada, iaitu anak Adam yang memberi sedekah dengan tangan kanan, sedangkan tangan kiri tidak tahu".

Gambaran cerita yang disampaikan melalui hadis ini memberitahu kepada kita bahawa kekuatan jiwa lebih agung dari kekuatan kebendaan. Ini menunjukkan bahawa kekuatan iman dan ikhlas dapat mengatasi kekuatan gunung, lebih kuat dari besi yang dapat menakik gunung, lebih kuat dari api yang mencairkan besi, lebih kuat dari air yang memadamkan api dan lebih kuat dari angin yang menggerakkan air. Kekuatan yang menakjubkanitu wujud apabila perjuangan hidupnya dimulai dari hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah. Ibarat tangan kanan memberi dan sembunyikan tangan kiri.

Imam Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin menceritakan tentang gambaran ikhlas yang menjadi sumber kekuatan paling menakjubkan dan tidak terdapat pada yang lain. Kisah seorang lelaki ahli ibadah ('abid) yang mendengar bahawa terdapat manusia yang menyembah pokok dan tidak menyembah Allah. Dia segera membawa kapak pergi dengan tekad untuk menebang pokok tersebut dan seterusnya membanteras kepercayaan karut mereka.

Dalam perjalanan beliau bertemu dengan iblis dan menghalang beliau agar jangan menebang pokok, tetapi lelaki itu enggan mendengar pujukan iblis maka berlakulah pergelutan. Iblis dapat dikalahkan dan kapak tersebut sudah dekat di kepala iblis, hanya tinggal di henyak sahaja. Di sini iblis membuat helah dan berkata: "Lebih baik engkau balik saja dan tidak ada gunanya engkau tebang pokok itu. Jikalau engkau tebang juga, mereka akan menyembah pokok yang lain. Aku berjanji akan memberi engkau wang tiap-tiap hari di bawah bantal, engkau boleh gunakan wang itu untuk membantu orang miskin".

Lelaki itu terpedaya dengan tipu helah iblis. Pada tiap-tiap pagi lelaki itu mendapati ada wang di bawah bantalnya.Tetapi akhirnya iblis tidak lagi meletakkan wang di bawah bantal, maka kecewalah lelaki itu lalu dia membawa kapak lagi dengan tujuan yang sama seperti dahulu. Dalam perjalanan dia terjumpa dengan iblis, maka berlakulah lagi peristiwa pergelutan antara iblis dengan lelaki 'abid itu. Pada kali ini iblis itu merasakan dirinya seperti burung pipit yang berada di kedua kaki iblis.

Kerana kekalahan itu, lelaki 'abid tersbut bertanya kepada iblis: "Mengapa perlawanan kali pertama dahulu aku menang dan sekarang aku kalah?". Jawab iblis: "Kali pertama engkau marah padaku kerana Allah tapi kali kedua engkau marah kepadaku kerana tidak dapat wang". Dari kisah ini kita dapat tahu, letaknya perbezaan marah kerana Allah dan marah kerana selain Allah seperti wang.

Keikhlasan sejati tidak tunduk dengan hanya janji-janji semata-mata. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. pernah ditawarkan oleh Abu Jahal dan pembesar kafir Mekah dengan pangkat, menjadi ketua mereka, diberi kemuliaan, perempuan cantik dan kemewahan hidup dunia asalkan meninggalkan urusan dakwah. Maka jawab Rasulullah: "Jika matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku berhenti dalam urusan dakwah, maka sekali-kali aku tidak akan berhenti sehingga Allah menyerlahkan Islam atau aku binasa".

Selain itu, jaganlah kita mudah terpedaya dengan tipu helah licik si iblis kerana iblis akan memberi kemanisan dan keindahan itu di awalnya sahaja dan ianya bersifat sementara. Tetapi lakukanlah sesuatu itu ikhlas kerana Allah kerana Allah tidak pernah mungkir janji dan barangsiapa yang melakukan sesuatu kerana-Nya. Insya-Allah ganjaran kesenangan hidup berkekalan yang akan kita peroleh dan ianya bersifat kekal atau abadi.

Sebagai contoh orang yang berzina atau mencuri, nikmat yang mereka dapat hanyalah sementara. Akan tetapi derita yang ditanggung adalah berpanjangan. Semua ini kerana apa?? Kerana terpedaya dengan janji-janji manis syaitan dan iblis. Ingatlah saudara saudari sekalian, di dalam al-Quran Allah banyak mengingatkan kita bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu bukan yang tersembunyi.

Antaranya di dalam surah az-Zukhruf ayat ke 62, "Dan janganlah sekali-kali kamu dipalingkan oleh syaitan, sungguh syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu".

Sebab apa Allah kata nyata? Sebab Allah dah terangkan di dalam al-Quran tentang syaitan dan iblis yang memang suka menyesatkan manusia tetapi kenapa kita masih leka lagi?. Kerana manusia sukakan yang mudah dan responds yang cepat. Mereka suka melihat kesenangan dari sudut pandangan kasar yang bersifat sementara. Manusia tidak suka kepada proses dan responds yang lambat. Contohnya, kenapa ada orang yang memilih jalan untuk mencuri sedangkan dia ada tenaga untuk bekerja. Kerana dia mahukan rezeki yang dia boleh dapat secara mudah dan cepat. Berbanding jika dia bekerja, dia harus menunggu habuan dari majikan untuk mendapat rezeki yang halal. Walaupun cara ini nampak lambat tetapi lebih selamat dan mampu memberi jaminan kesenangan dunia dan akhirat. Pandanglah kesenangan dari sudut pandangan yang halus dan kajian. Jangan bertindak secara melulu dan tergesa-gesa.

"Berhati-hati itu daripada Allah Taala dan tergesa-gesa itu daripada syaitan"  (H.R. Tirmizi daripada Sahl bin Sa'ad as-Sa'di) 


I want more!