Wednesday, December 8, 2010

Balasan Meninggalkan Solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW duduk bersama sahabat, datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid sambil menangis. Baginda bertanya: "Wahai anak muda, mengapa kamu menangis?"
Pemuda itu menjawab: "Rasulullah, ayahku meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang hendak memandikannya." Lalu baginda memerintahkan Abu Bakar RA dan Umar RA membantu pemuda berkenaan.
Sampai di kediaman pemuda berkenaan,kedua-dua sahabat baginda mendapati ayah pemuda itu bertukar rupa menjadi babi hitam. mereka pun kembali dan memaklumkan kepada baginda: "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang itu bertukat menjadi babi hutan yang hitam."
Rasulullah SAW dan sahabat kemudian pergi ke rumah pemuda berkenaan. Orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah SWT. Tidak lama kemudian, mayat itu bertukar bentuk menjadi manusia semula.
baginda dan sahabat kemudian menyembahyangkan mayat berkenaan. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, sekali lagi ia berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam.
Rasulullah SAW pun bertanya pemuda itu: "Wahai orang muda, apakah yang dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Pemuda itu menjawab: "Sebenarnya ayahku tidak mahu mengerjakan solat." Baginda kemudian bersabda:"Wahai sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah SWT seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar RA, ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangkannya, kain kafan yang membaluti tubuh mayat itu bergerak-gerak. Apabila ia dibuka, mereka melihat seekor ular membelit leher, memakan daging dan menghisap darah mayat terbabit lalu mereka cuba membunuh ular itu. Ular itu berkata: "Menagapakah kamu semua mahu membunuh aku. Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah SWT yang memerintahku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu sahabat bertanya: "Apakah kesalahan yang sudah dilakukan oleh mayat ini?"
Ular itu menjawab: "Dia melakukan tiga kesalahan iaitu apabila ia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah. Dia tidak mahu mengeluarkan zakat hartanya serta tidak mahu mendengar nasihat ulama. Maka inilah balasannya."

Ulama berpesan untuk kita jadikan pegangan dan renungan iaitu sesiapa yang meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Sesiapa meninggalkan solat Isyak, Allah tidak reda ia hidup di bumi-Nya. Ini bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat perlindungan-Nya di dunia ini. Lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti(akhirat).

Sesiapa meniggalkan solat Subuh pula, dia akan diseksa selama enam puluh tahun
(waktu akhirat) dalam neraka. Perlu kita ingat, azab paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan terhadap Abu Talib, iaitu bapa saudara Rasulullah SAW yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.

Mereka yang meninggalkan solat Zuhur diibaratkan seperti meruntuhkan Kaabah. Kalau bagitu, sepanjang hidup ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah satu perkara yang amat mudah.

Meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1,000 orang Islam. Firman Allah SWT bermaksud: "Hai orang beriman! Janganlah kamu lalai(lengah) kerana harta benda dan anakmu daripada mengingati Allah(solat lima waktu). Sesiapa yang berbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi". (Surah Al-Munaafiqun: Ayat 9).

Dalam ayat yang lain Allah berfirman bermaksud: "allah tiada akan memberi tempoh kepada seseorang apabila sudah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui mengenai apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Munaafiqun: Ayat 11)


I want more!

always be there with lyric by maher zain [HQ]




I want more!