Friday, December 3, 2010

agama ku

asalamualaikum....aku ade cite psl hbgan antra laki ngan prmpuan...cte nie aku dpat dri sseorng...orng nie bek sngat...mcm nie cte nye..


relaks la wei,,,ko macam tak biasa pulak dengan kitorang,,,kata kawan,,,’


‘tak payah nak bajet bagus,alim la kt depan kitorang,,,ko pun buat dosa juga’


Sedih…teramat sedih…apa sumbangan aku untuk agama aku??, andai perkara semudah ini,aku tak boleh nak ‘handle’.Itulah yang aku rasa selama ni andai aku nampak perkara mungkar yang sengaja ataupun mungkin diorang semua tak sengaja nak tunjuk kat depan aku….yang aku mampu,Cuma memandang dan menangis…..menangis…menangis….ya,mungkin kerana aku kaum hawa…kaum yang sering dikaitkan dengan ‘anugerah’ air mata.ya,aku akui kelemahan aku,mungkin semua orang akan bingung,,,siapa aku?apa status aku?,,,,aku manusia biasa….

Aku masih belajar lagi,dan sedang menuntut di salah sebuah sekolah integrasi,dan aku seorang yang berjawatan,,,aku teringat lagi,waktu budak ‘batch’ aku ada ‘organise’satu majlis jamuan untuk guru-guru yang pernah mengajar kitorang,aku tak ambil tahu sangat sebab ‘ketua’ yang ‘handle’jamuan ni pun macam tak nak aku masuk campur dalam majlis ni.Aku tak nak berprasangka buruk,mungkin juga sebab dia tak rapat dengan aku,almaklumlah,dia syabab ,dan aku perempuan.

Mulanya,aku cuma ikut je program dan aturcara yang diorang rancangkan.Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar.Ada beberapa orang ahli jawatankuasa yang minta tolong aku,aku pun tolong la apa-apa yang patut.alhamdulillah,aku berlapang dada nak buat apa yang diorang suruh aku buat.


Bila majlis habis,cikgu minta kitorang ‘handle’ susunan kerusi dengan meja dan kembalikan pada susunan asal.kitorang tak kisah sangat pulang asrama lewat,sebab aspuri dekat dengan kantin(tempat berlangsungnya maljlis).tiba-tiba,aku dengar bunyi orang jerit-jerit then,tepuk tangan.Aku pun teringin jugak nak tengok apa yang diorang bisingkan sangat tu.Sekali aku pandang,aku terus tunduk.aku terkejut dan aku tak sangka dengan apa yang aku nampak.seorang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki duduk dengan jarak yang sangat dekat sehingga bersentuhan bahu nak ‘snap pic’ dekat bahagian tepi kantin.Mulanya,pelajar perempuan tersebut malu-malu mendekati pelajar lelaki tersebut tapi,lama kelamaan,jarak yang pada mulanya,1 meter,telah berubah menjadi 1 cm,,,,,,aku tak tahu nak buat apa.makin lama makin ramai pula pasangan-pasangan yang nak buat macam tu tapi,dekat port lain.

Sejujurnya,aku masih tak berani nak tegur diorang,even certain budak ‘batch’ aku,pernah cakap yang aku ni,pandai ‘hint’ dan tegur orang.ya allah,hati aku meronta…jiwa aku sakit…sucikanlah hati aku…tak lama kemudian,aku nampak pulak pasangan-pasangan yang ber’dating’,tidak kurang juga member-member yang nak buat slot ‘taaruf’…aku terus cari za’im,ketua yang ‘handle’majlis ni….

“za’im,ana nampak ada budak dating dekat tangga depan kantin”Mata za’im menjeling ke arah yang aku tunjuk....alhamdulillah….aku dapat juga bertindak dengan cara ni…”dah la, malas aku nak fikir apa-apa,”……malas nak fikir apa-apa?....terima kasih encik za’im,kerana berjaya membuat aku melangkah membiarkan diorang terus melakukan perkara tersebut…aku berharap sangat agar diorang akan faham artikel ini,andai mereka terbaca…..yang baik dijadikan tauladan,yang buruk dijadikan sempadan…..aku kecewa dengan sikap diorang….walaupun,mungkin segelintir orang akan cakap yang benda ni cuma ‘simple’je tapi,pada aku tidak…bermula daripada benda yang sekecil inilah yang bakal menyumbang kepada lahirnya ‘si kecil’ yang akan dibuang merata-RATA TEMPAT……NAUZUBILLAH MIN ZALIK,,,,, 



I want more!

Baby versi melayu - ummi



asalamualaikum...lagu nie khas dtujukan untuk ummi ku yang tersyang...hayati la


I want more!

inteam & mestica - kerana cinta




I want more!